Wednesday 7 December 2011

mengigati KEMATIAN ~~

 
TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan sedari oleh mereka yang dikehendaki nya.Walaupun bagaimana pun semua Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau pun tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan dapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini lazat dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah tersedar akan kehadiran ini. Bagi mereka yang tidak sedar atau hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat .Bagi yang sedar dengan kehadiran ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini berlaku sesudah asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika itu, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di atas arasy ALLAH SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita. Antaranya ia mula akan mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan ketika ini terjadi mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasa nya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabut.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasa lah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika itu juga mata hitam kita tidak bersinar lagi dan bagi yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihat dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang telunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak sempat lagi menemui waktu asar pada keesokan harinya

TANDA AKHIR SEBELUM MATI
Akan berlaku dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula

cantik taa ? okey taa ? best taa ? like auu !

No comments:

Post a Comment